Saturday, March 1, 2014

Selamat Tinggal 2013













selamat tinggal 2013 1

me...2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

2013 sudah lama melabuhkan tirai.. Nak throwback semula sepanjang 2013 secara kasar je. Hee untuk kenangan sendiri.

2013 masih berulang alik dari Selangor ke Kuala Lumpur. Ye dok kat Selangor tapi bekerja kat Kuala Lumpur. Tiap-tiap hari kejar thumb print dan punch kad. Pernah minta dengan big bos masuk pukul 8.00 pagi tapi tak dibenarkan. Cukup tiga kali minta, tetap tak bagi takpe la. Bukan semua orang faham kita pun.

2014 pun masih berulang alik. Tapi Alhamdulillah dapat masuk pukul 8 pagi, so takde la terkejar sangat. Thanks bos baru sebab benarkan dan thanks kepada 2nd big bos dan ketua atasan yang menyokong. Alhamdulillah syukur sangat.

Untuk pertama kali 2013 daku terlanggar palang masa kat tol. Hee mungkin kena wat satu entry khas kot pasal story langgar palang tol tu. Erm mujur cermin kereta ada insurans untuk cover.

Dan untuk pertama kali aku terperangkap dalam lif pejabat hampir dua jam lamanya-2013. Siap bomba datang lagi. Thanks incik-incik bomba. Maintenance lif yang bukakan akhirnya sebab kalau pintu lif dipecahkan mahu 10k kena ganti. Tak tahu la antara nyawa dan harta macam nyawa jatuh ke tempat ke 2 je dah. Mujur takde apa yang berlaku cuma pening2 lalat je.

Sibuk dengan urusan kerja yang tak sudah, persaraan bos lama yang sampai sekarang tak selesai serah tugasnya. Kalau la aku mengadap blog, takutnya terluah semua kat sini. So lebih eloklah urusan kerja menjadi private and confidential. Biarlah semua terbuku kat hati walaupun kadang-kadang tak sanggup nak simpan.

Jodoh...masih memberi ruang kepada diri. Sedang berkawan dengan seseorang. Moga ada jodoh antara kami. Kadang-kadang terasa diri tidak layak untuk dia, tapi bila difikirkan semua orang pun sama je. Tapi dugaan pun kuat, disaat rasa diri disayangi si dia, tiba-tiba muncul orang lain yang selama ini mendiamkan diri cuba mencuri perhatian. Tapi hati memang lebih kepada si dia.

Sebab aku percaya kadang2 jodoh boleh datang dalam keadaan yang tak terjangka. Semuanya tak mustahil dengan izinNya... Doakan kami berjodoh dengan ikatan yang sah....

Apapun Selamat Tinggal 2013 yang penuh dengan suka dan duka. 2014 semoga semuanya lebih tersusun dan teratur. Semoga dipermudahkanNya segalanya pada 2014 ni..inshaAllah...


No comments:

Post a Comment